AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

AKTIVITI PERTUBUHAN


Antara aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh pertubuhan ini ialah:
  • Menaungi anak-anak golongan anak Yatim, fakir miskin, asnaf zakat dan ibu tunggal.
  • Menjadi pusat pengumpulan sumbangan keperluan dan bantuan untuk disalurkan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan serba kekurangan
  • Mengadakan kelas fardhu ain, kelas kemahiran dan motivasi serta khidmat kaunseling.
  • Mengadakan kelas tuisyen akademik seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya bagi meningkatkan kecemerlangan akademik setiap hujung minggu.
  • Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.
  • Menganjurkan rehlah sebagai suatu hiburan dan berekreasi untuk pengisian rohani dan membangunkan jiwa mereka.
  • Membuat jualan amal pelbagai produk makanan dan lain-lain bagi menampung keperluan pusat jagaan yang dinaungi.

Pertubuhan Baitul Mahabbah juga telah mengorak  langkah untuk mengambil tanggungjawab terhadap anak-anak pusat jagaan dibawah naungan pertubuhan ini yang semakin hari semakin meningkat usia menjadi remaja-remaja yang perlu diberi kamahiran dan  latihan-latihan untuk berdikari apabila keluar dari pusat jagaan ini.

Kami sangat mengalu-alukan kepada semua pihak untuk turut serta membantu dan membahu samada dalam bentuk kewangan, latihan, peralatan mahupun menyediakan tempat latihan kemahirankepada remaja-remaja di bawah pusat jagaan pertubuhan ini.