MEMOHON SUMBANGAN UNTUK ANAK- ANAK PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH SEMPENA SESI  PERSEKOLAHAN 2014

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah satu pusat kebajikan yang  telah di daftarkan pada Julai 2008 di bawah PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH. (No ROS: (PPM-004-05-01112011)

Pusat jagaan ini menaungi  40 orang anak-anak ( 15 perempuan dan 25 lelaki) yang terdiri dari golongan asnaf zakat, anak fakir miskin, anak yatim, dan golongan yang memerlukan bantuan. 
Mereka berumur antara 7 tahun hingga 12 tahun. Ia dibangunkan atas rasa keprihatinan untuk membela, mendidik, memberi kasih sayang dan menjaga kebajikan mereka.

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk turut sama membantu dan membahu dalam memenuhi keperluan persekolahan mereka bagi sesi persekolahan 2014 yang akan bermula tidak lama lagi.

Sebarang sumbangan dan bantuan boleh dibuat melalui cek atau tunai atas nama berikut:

a) PERTUBUHAN KEBAJIKAN  BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL:  05100-41-00017744-6

b) PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290
Untuk pengesahan, sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: baitulmahabbah@yahoo.com, atau hubungi terus / mengirim system pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil perhubungan kami seperti berikut:
(a)        Pn. Noraini bt. Yaakob    :            018-3973727
(b)        Pn. Noorhayati bt. Hamid:            017-5636380
(c)        Pn.  Siti Hajar bt. Ismail   :            0111-1681472

Sebarang pertanyaan dan permasalahan, sila hubungi pejabat kami di talian 06-6017980 atau menghubungi wakil-wakil perhubungan kami seperti di atas. Sumbangan barangan boleh dihantar terus ke alamat seperti di atas.

Segala kerjasama, sokongan dan bantuan dari pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Moga-moga segala usaha yang dibuat dapat menghiburkan anak-anak tersebut, seterusnya mendapat keredhoan dan diberkati  Allah SWT.

Sekian. Terima kasih.

‘Sebaik-baik manusia adalah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain’ – hadis .
Persembahan anak-anak Pusat Jagaan Baitul Mahabbah di Hotel Royal Bintang seremban bersempena Mesyuarat Agung PERKIM 2013.
RAYUAN RAMADHAN 1434H UTK PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH, NEGERI SEMBILAN.

Assalamualaikum wrt.wbt. Dato'/Datin/Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

RAMADHAN ALMUBARAK datang lagi. Bulan yang sangat dirindui oleh seluruh umat Islam yang menagih kelebihan yang ada pada bulan yang mulia ini. Ramadhan bulan rahmat dan keampunan. Bulan yang membuatkan umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah sedekah kerana meyakini akan pahala yang berlipat kali ganda. Namun begitu, tidak dilupa kepada mereka yang tidak berada, agar mereka juga boleh menikmati bulan yang sangat barakah ini dengan ceria.

Sayyidatina Aisyah (r.a) berkata; “Rasulullah S.A.W jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi kepada setiap orang yang meminta” - Riwayat Al-Baihaqi.

“Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan” - Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah

Meyakini keberkatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini, PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH meneruskan usaha menganjurkan projek RAYUAN RAMADHAN yang merupakan satu inisiatif murni bagi meraikan rumah-rumah amal dibawah naungan kami, antaranya seperti berikut :

1. Rumah Raudhatun Nur ( 6 tahun kebawah) 30 orang

2. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah  (7 - 12 tahun)33 orang

3. Rumah Jagaan Baitul Firdaus (Remaja Perempuan)13 orang

4. Rumah persendirian (Warga Emas)7 orang

5. Rumah persendirian (Ibu Tunggal, anak yatim & asnaf zakat) 50 keluarga.         
(*Jumlah terkini Jun 2013)

Di sepanjang bulan Ramadhan ini pihak PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa, more selepas solat Terawih dan bersahur kepada lebih 180 orang anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak terbiar di rumah amal di bawah naungan kami.

Bagi jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang untuk membuat infaq atau sedekah bolehlah bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada usaha ini dengan berbagai-bagai cara:

(a) Memperpanjangkan mesej ini kepada badan-badan koporat, yayasan kebajikan dan individu.

(b) Menaja majlis berbuka puasa dan sahur.

(c) Menghulurkan bantuan untuk keperluan Hari Raya samada dalam bentuk pakaian raya, barangan atau kewangan.

(d) Menaja keperluan Overhead Pusat Jagaan ini yang memerlukan RM30,000 sebulan atau RM 360,000 setahun untuk memenuhi keperluan dan kebajikan penghuni pusat jagaan termasuk staf sukarela yang terdiri dari golongan asnaf zakat juga individu yang dinaungi walaupun tidak menghuni pusat jagaan ini.

KEMUDAHAN MENYUMBANG

(a) Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL: 05100-41-00017744-6

(b) Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau system perbankan online terus ke akaun:
PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290

*PERHATIAN: Kami tidak menerima sumbangan ke akaun individu selain daripada akaun diatas.

(c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: baitulmahabbah@yahoo.com atau maklumkan terus sumbangan anda samada menghubungi terus atau mengirim system pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil kami yang dinyatakan dibawah.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat kami di talian 06-631 2445 yang beralamat di: No. 28, Jalan RK 4/7, Rasah Kemayan, 70300, Seremban 2, Negeri Sembilan, atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pengendali : Siti Hajar bt Ismail  018 -3103 127

(c)Penyelia Pusat Jagaan: Pn. Noraini bt. Yaakob. 018-3973727

Kami di PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita. Sekian dan selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak. Terima kasih. Wassalam.


Raikan Ramadhan & Syawal - Menghimpun Berkat Mengagihkan Nikmat

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH

MAKLUMAT TERKINI:
 Tabung Pembelian Van Untuk Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (PJBM), Bantuan Sumbangan Baju Seragam Ramadhan Dan Keperluan Ramadhan Dan Syawal 1434H.

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan bagi tujuan membantu keperluan golongan-golongan  yang kurang bernasib baik seperti; anak-anak yatim, anak ibu tunggal, anak asnaf zakat dan anak-anak mangsa penceraian yang memerlukan perlindungan. 

Manakala Pusat Jagaan Baitul Mahabbah pula adalah sebuah pusat jagaan, kebajikan dan pendidikan Islam yang menaungi lebih 100 orang dari golongan anak yatim, fakir miskin, OKU, Ibu Tunggal dan golongan yang layak menerima zakat. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah telah mula beroperasi pada Julai 2008. Buat masa ini  PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH sedang berusaha untuk melihat keperluan beberapa Rumah Amal di sekitar Negeri Sembilan seperti Nilai, Sepang, Seremban dan Bandar Sri Sendayan. 

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah  juga menjadi pusat pengumpulan segala jenis sumbangan dan ianya akan diagih-agihkan kepada rumah-rumah amal yang telah dikenal pasti mengikut keutamaan dan keperluan mereka.

Sabda Rasulullah SAW
: "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya."

"Sebaik-baik manusia ialah mereka yg memberi manfaat sesama manusia".

"Kebajikan Penyelesai Masalah Kemiskinan & Kesusahan

KEMUDAHAN MENYUMBANG
(a) Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN  BAITUL MAHABBAH: 
Bank Simpanan Nasional : 05100-41-00017744-6

(b) Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau sistem perbankan online terus ke akaun:

PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
Bank Islam : 05012010067290

*PERHATIAN: Kami tidak menerima sumbangan ke akaun individu selain daripada akaun diatas. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat kami di talian 06-6017980 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pengerusi & Bendahari - Pn. Noraini bt. Yaakob : 018-3973727
(b)Penyelia Pusat Jagaan: Pn. Maznah bt. Mohd Zain : 013-6035233

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah
No.9, Jalan Rk 5/1, Rasah Kemayan, 70300, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Tel: 06-6017980 



Membeli Sambil Beramal

Pihak Pusat Jagaan Baitul Mahabbah akan mengadakan jualan amal Nasi Ayam Hainan dan Kek Coklat Moist yang bernilai RM10 pada 8 Mac 2013...Tawaran dibuka kepada semua para dermawan diluar sana yang berminat untuk menanam saham akhirat menerusi Jualan Amal ni....



Sedekah Itu Lebih Tajam Daripada Doa


















Pihak kami sentiasa menerima sumbangan daripada mana-mana pihak yang sanggup untuk
membahu dan membantu nasib anak-anak di sini. Tambahan kelengkapan anak-anak yang
baru memulakan sesi persekolahan....Sebarang sumbangan hendaklah di atas nama "Pusat
Jagaan Baitul Mahabbah" menggunakan nomber seperti tertera di atas. Terima kasih.