MOHON SUMBANGAN / TAJAAN DANA BAGI PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH



Adalah dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.



2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH (PPM-004-05-01112011) (PBM) merupakan sebuah pertubuhan yang menguruskan pusat jagaan berkediaman dan pusat latihan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan dan menempatkan pelajar dan pelatih yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan yang berumur 6 tahun hingga 25 tahun. Disamping itu juga Pertubuhan ini menguruskan kebajikan bagi golongan yang tidak berkemampuan seperti golongan OKU, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang tinggal di kediaman masing-masing sekitar Seremban 2 seramai lebih 100 orang yang berdaftar dengan Pertubuhan ini.



3. Selain itu juga Pertubuhan ini juga menaungi Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (PJBM) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (N/ PJB KK 14/ 2015) iaitu sebuah pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak fakir miskin, asnaf zakat, anak yatim, dan golongan yang memerlukan bantuan. Pusat jagaan ini mula beroperasi pada tahun 2008. Kini PJBM telah beroperasi selama 6 tahun dan telah menempatkan anak-anak seramai 34 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur dari 7-12 tahun di Seremban 2, Negeri Sembilan.



4. Sehubungan dengan itu kami amat berbesar hati memohon sumbangan dana daripada pihak Tuan, bagi menampung keperluan pengurusan Pertubuhan dan Pusat Jagaan ini yang semakin meningkat. Senarai keperluan kewangan pertubuhan ini telah disertakan di dalam pamplet pertubuhan yang dilampirkan.



5. Kami sangat berharap agar pihak Tuan, dapat mempertimbangkan permohonan kami ini memandangkan dana yang ada belum cukup untuk menampung semua perbelanjaan termasuk overhead dan utiliti. Sebarang sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun berikut di atas nama:



PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH
BANK ISLAM (M) BERHAD : 05012010067290




PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH
MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK) : 555171513450

6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian 06-631 2445 atau email ke baitulmahabbah@yahoo.com atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pn. Siti Hajar binti Ismail  : 018 - 310 3127
(b) Pn. Noraini bt. Yaakob       : 018 - 397 3727/ 011-10677346



Segala sumbangan, keprihatinan dan kerjasama dari pihak Tuan, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Moga-moga usaha kecil ini mendapat nilaian di sisi Allah seterusnya menjadi saham untuk kita di akhirat nanti.



Sekian. Terima Kasih.



“Pendidikan dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”



Yang benar,


(SITI HAJAR BT ISMAIL)
Setiausaha,
Pertubuhan Baitul Mahabbah
Negeri Sembilan.






***Untuk pengetahuan pihak Tuan, setiap sumbangan tunai melebihi, RM 1,000.00 ke atas layak menerima resit pengecualian cukai pendapatan dibawah naungan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia didaftar dibawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 (No Pendaftaran 4700/09).