Raikan Ramadhan & Syawal - Menghimpun Berkat Mengagihkan Nikmat


PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH

MAKLUMAT TERKINI:
 Tabung Pembelian Van Untuk Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (PJBM), Bantuan Sumbangan Baju Seragam Ramadhan Dan Keperluan Ramadhan Dan Syawal 1434H.

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan bagi tujuan membantu keperluan golongan-golongan  yang kurang bernasib baik seperti; anak-anak yatim, anak ibu tunggal, anak asnaf zakat dan anak-anak mangsa penceraian yang memerlukan perlindungan. 

Manakala Pusat Jagaan Baitul Mahabbah pula adalah sebuah pusat jagaan, kebajikan dan pendidikan Islam yang menaungi lebih 100 orang dari golongan anak yatim, fakir miskin, OKU, Ibu Tunggal dan golongan yang layak menerima zakat. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah telah mula beroperasi pada Julai 2008. Buat masa ini  PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH sedang berusaha untuk melihat keperluan beberapa Rumah Amal di sekitar Negeri Sembilan seperti Nilai, Sepang, Seremban dan Bandar Sri Sendayan. 

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah  juga menjadi pusat pengumpulan segala jenis sumbangan dan ianya akan diagih-agihkan kepada rumah-rumah amal yang telah dikenal pasti mengikut keutamaan dan keperluan mereka.

Sabda Rasulullah SAW
: "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya."

"Sebaik-baik manusia ialah mereka yg memberi manfaat sesama manusia".

"Kebajikan Penyelesai Masalah Kemiskinan & Kesusahan

KEMUDAHAN MENYUMBANG
(a) Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN  BAITUL MAHABBAH: 
Bank Simpanan Nasional : 05100-41-00017744-6

(b) Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau sistem perbankan online terus ke akaun:

PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
Bank Islam : 05012010067290

*PERHATIAN: Kami tidak menerima sumbangan ke akaun individu selain daripada akaun diatas. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat kami di talian 06-6017980 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pengerusi & Bendahari - Pn. Noraini bt. Yaakob : 018-3973727
(b)Penyelia Pusat Jagaan: Pn. Maznah bt. Mohd Zain : 013-6035233

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah
No.9, Jalan Rk 5/1, Rasah Kemayan, 70300, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Tel: 06-6017980