MEMOHON
SUMBANGAN/ TAJAAN UNTUK KEPERLUAN SESI PERSEKOLAN 2016
Assalamualaikum wbt/ Salam sejahtera
PERTUBUHAN
BAITUL MAHABBAH
(PPM-004-05-01112011)
(PBM)
merupakan
sebuah pertubuhan yang menguruskan pusat jagaan berkediaman dan
pusat latihan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan dan menempatkan
pelajar dan pelatih yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir
miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan
yang berumur 6
tahun hingga 12
tahun.
Memandangkan sesi persekolahan hampir tiba, banyak keperluan yang
perlu diselesaikan dengan segera, tetapi pihak pengurusan belum dapat
berbuat demikian berikutan sumber kewangan yang belum mencukupi. Oleh
yang demikian, kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk membantu membiayai kebajikan anak-anak dibawah
jagaan kami ini sempena pembukaan sesi persekolahan yang akan bermula
pada Januari 2016 sebagai sokongan dan bantuan dalam menguruskan
kerja amal ini.
Sehubungan
dengan itu, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan
atau tajaan dalam bentuk barang-barang yang sangat diperlukan
seperti berikut:
a)
Pakaian sekolah rendah
b)
Buku latihan & Alatulis
c)
Kasut & Beg sekolah
d)
Buku Rujukan
e) Kewangan (untuk
urusan yuran persekolahan dan lain-lain keperluan asrama dan
pentadbiran).
Untuk
pengetahuan semua pihak ,
sumbangan kewangan tersebut boleh dimasukkan ke akaun berikut di atas
nama:
PERTUBUHAN
BAITUL MAHABBAH:
MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK): 555171513450
PUSAT
JAGAAN BAITUL MAHABBAH
BANK ISLAM: 05012010067290
BANK ISLAM: 05012010067290
Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian
06-631
2445
atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:
(a) Pn. Noraini bt. Yaakob : 018-3973 727
(b) Pn. Siti Hajar binti Ismail : 018-3103 127
Segala
sumbangan, keprihatinan dan kerjasama dari semua pihak,
kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Moga-moga usaha murni ini
dapat memberi pembelaan, kasih sayang, perlindungan dan makan minum
yang mencukupi kepada anak-anak anugerah Tuhan ini. Mereka sentiasa
mendoakan para dermawan sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa
baik ini dengan nilaian terbaik di sisi Allah seterusnya menjadi
saham untuk kita di akhirat nanti. Insya Allah
Sekian.
Terima Kasih,
“Pendidikan
dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”