Assalamualaikum wbt/
Salam sejahtera
Y.bhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
MEMOHON
SUMBANGAN UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL
Merujuk perkara diatas.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH (PPM-004-05-01112011)
(PBM) merupakan sebuah pertubuhan yang
menguruskan pusat jagaan berkediaman dan pusat latihan kemahiran yang
berkonsepkan kebajikan dan menempatkan pelajar dan pelatih yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir
miskin, golongan asnaf zakat dan
anak-anak yang perlukan pembelaan yang berumur 6 tahun hingga 25 tahun. Pertubuhan ini juga menaungi OKU, Ibu Tunggal dan Warga emas yang dipilih di sekitar Seremban 2.
Antara
pusat jagaan yang kami naungi dikenali sebagai Pusat
Jagaan Baitul Mahabbah (PJBM ) iaitu sebuah rumah kebajikan dan pendidikan
yang menaungi anak-anak fakir miskin, asnaf
zakat, anak yatim, dan golongan yang memerlukan bantuan. Pusat jagaan
ini mula beroperasi pada tahun 2008.
Kini PJBM telah beroperasi selama
6 tahun.
3. Oleh itu, sempena menyambut bulan Ramadhan tidak lama
lagi dan seterusnya Syawal pada tahun ini, kami sangat mengalu-alukan sumbangan
ikhlas dari tuan/ puan agar sudi mengambil saham akhirat dalam memberi apa jua
bentuk sumbangan.
Antara sumbangan yang diperlukan adalah samada dalam bentuk:
i.
Pakaian
seragam program dan pakaian raya (baju, kasut, songkok, tudung)
ii.
Kuih
raya, makanan basah atau kering
iii.
Dana
untuk Pertubuhan mahupun duit raya kepada penghuni di Pusat Jagaan Baitul
Mahabbah.
4. Untuk pengetahuan pihak
tuan, sumbangan kewangan juga boleh dimasukkan ke akaun berikut di atas nama:
PERTUBUHAN
KEBAJIKAN BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL: 05100-41-00017744-6
BANK SIMPANAN NASIONAL: 05100-41-00017744-6
PUSAT
JAGAAN BAITUL MAHABBAH
BANK ISLAM: 05012010067290
BANK ISLAM: 05012010067290
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
pejabat kami di talian:
06-631 2445
atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:
(a) Pn. Siti Hajar binti Ismail : 018-3103 127
(b) Pn. Noraini bt. Yaakob : 018-3973
727
5. Segala sumbangan, keprihatinan dan
kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Moga-moga
usaha murni ini dapat memberi pembelaan, kasih sayang, perlindungan dan makan
minum yang mencukupi kepada anak-anak anugerah Tuhan ini. Mereka sentiasa
mendoakan tuan puan para dermawan sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas
segala jasa baik ini dengan nilaian terbaik di sisi Allah seterusnya menjadi
saham untuk kita di akhirat nanti. Insya Allah
Sekian.
Terima Kasih,
“Pendidikan dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”