MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN KENDERAAN
(VAN) UNTUK KEGUNAAN HARIAN ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pertubuhan Baitul Mahabbah
adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat pusat jagaan, kebajikan,
bimbingan dan pendidikan Islam yang menaungi lebih 70 orang dari golongan asnaf
zakat termasuk anak yatim, fakir miskin, OKU, Ibu Tunggal dan golongan yang
layak menerima zakat.
2. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah
telah mula beroperasi pada Julai 2008. Kami menguruskan tiga buah asrama yang
menempatkan pelajar sekolah rendah dan prasekolah yang terdiri
daripada 27 orang pelajar lelaki 25 orang pelajar perempuan yang di daftarkan
dibawah Pertubuhan Baitul Mahabbah.
3. Untuk pengetahuan pihak Dato’/
Datin/ Tuan/ Puan, kami memerlukan
kenderaan tersebut untuk tujuan berikut :
a)
Penghantaran pergi dan balik anak-anak sekolah rendah dan prasekolah lelaki dan perempuan ke sekolah kebangsaan.(Seramai 34 orang )
b)
Penghantaran pergi dan balik anak-anak REMAJA lelaki dan perempuan
dari kediaman asrama ke pusat latihan kemahiran (Seramai 20 orang )
c)
Penghantaran anak-anak pusat jagaan pergi ke program dan
aktiviti di luar kawasan kediaman asrama seperti rehlah, jemputan kenduri dan
aktiviti kebudayaan.
4. Oleh yang demikian, kami amat
mengalu-alukan sumbangan Dato’/ Datin/
Tuan/ Puan untuk membantu membiayai kebajikan anak-anak dibawah jagaan
kami ini sebagai tanda sokongan dan
bantuan dalam menguruskan kerja amal ini. Sehubungan dengan itu, pihak Dato’/
Datin/ Tuan/ Puan boleh membuat
sumbangan atau tajaan dengan kaedah seperti berikut:
a) Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan
dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut
hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:
PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH:
MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK): 555171513450
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL: 05100-41-00017744-6
PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290
b) Penyumbang juga boleh datang sendiri ke tempat kami
dengan menghubungi wakil-wakil kami seperti yang dinyatakan.
(c) Sila
emailkan maklumat sumbangan anda kepada: baitulmahabbah@yahoo.com atau maklumkan sumbangan anda samada menghubungi terus atau mengirim
sistem pesanan ringkas (SMS) atau whatsapp kepada wakil kami.
6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat
kami di talian 06-631 2445 atau
menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:
(a) Pn. Noraini bt. Yaakob: 018-397 3727
(a) Pn. Noraini bt. Yaakob: 018-397 3727
(b)