PERTUBUHAN
KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH
MAKLUMAT TERKINI: Tabung Pembelian Van Untuk Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (PJBM), Bantuan Sumbangan Baju Seragam Ramadhan Dan Keperluan Ramadhan Dan Syawal 1434H.
Pertubuhan
Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah merupakan
sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan bagi tujuan membantu
keperluan golongan-golongan yang kurang bernasib baik seperti;
anak-anak yatim, anak ibu tunggal, anak asnaf zakat dan anak-anak
mangsa penceraian yang memerlukan perlindungan.
Manakala
Pusat Jagaan Baitul Mahabbah pula adalah sebuah pusat jagaan,
kebajikan dan pendidikan Islam yang menaungi lebih 100 orang dari
golongan anak yatim, fakir miskin, OKU, Ibu Tunggal dan golongan yang
layak menerima zakat. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah telah mula
beroperasi pada Julai 2008. Buat masa ini PERTUBUHAN
KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH sedang berusaha
untuk melihat keperluan beberapa Rumah Amal di sekitar Negeri
Sembilan seperti Nilai, Sepang, Seremban dan Bandar Sri Sendayan.
Pertubuhan
Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah juga
menjadi pusat pengumpulan segala jenis sumbangan dan ianya akan
diagih-agihkan kepada rumah-rumah amal yang telah dikenal pasti
mengikut keutamaan dan keperluan mereka.
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya."
"Sebaik-baik
manusia ialah mereka yg memberi manfaat sesama manusia".
"Kebajikan
Penyelesai Masalah Kemiskinan & Kesusahan
KEMUDAHAN
MENYUMBANG
(a)
Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek
dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah
dibuat atas nama dan akaun berikut:
PERTUBUHAN
KEBAJIKAN BAITUL MAHABBAH:
Bank
Simpanan Nasional : 05100-41-00017744-6
(b)
Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau sistem perbankan online terus
ke akaun:
PUSAT
JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
Bank
Islam : 05012010067290
*PERHATIAN:
Kami tidak menerima sumbangan ke akaun individu selain daripada akaun
diatas. Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat kami di talian
06-6017980 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:
(a)
Pengerusi & Bendahari - Pn. Noraini bt.
Yaakob : 018-3973727
(b)Penyelia
Pusat Jagaan: Pn. Maznah bt. Mohd Zain : 013-6035233
Pertubuhan
Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah
No.9,
Jalan Rk 5/1, Rasah Kemayan, 70300, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Tel:
06-6017980