RAYUAN RAMADHAN 1434H UTK PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH, NEGERI SEMBILAN.

Assalamualaikum wrt.wbt. Dato'/Datin/Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

RAMADHAN ALMUBARAK datang lagi. Bulan yang sangat dirindui oleh seluruh umat Islam yang menagih kelebihan yang ada pada bulan yang mulia ini. Ramadhan bulan rahmat dan keampunan. Bulan yang membuatkan umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah sedekah kerana meyakini akan pahala yang berlipat kali ganda. Namun begitu, tidak dilupa kepada mereka yang tidak berada, agar mereka juga boleh menikmati bulan yang sangat barakah ini dengan ceria.

Sayyidatina Aisyah (r.a) berkata; “Rasulullah S.A.W jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi kepada setiap orang yang meminta” - Riwayat Al-Baihaqi.

“Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan” - Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah

Meyakini keberkatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini, PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH meneruskan usaha menganjurkan projek RAYUAN RAMADHAN yang merupakan satu inisiatif murni bagi meraikan rumah-rumah amal dibawah naungan kami, antaranya seperti berikut :

1. Rumah Raudhatun Nur ( 6 tahun kebawah) 30 orang

2. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah  (7 - 12 tahun)33 orang

3. Rumah Jagaan Baitul Firdaus (Remaja Perempuan)13 orang

4. Rumah persendirian (Warga Emas)7 orang

5. Rumah persendirian (Ibu Tunggal, anak yatim & asnaf zakat) 50 keluarga.         
(*Jumlah terkini Jun 2013)

Di sepanjang bulan Ramadhan ini pihak PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN BAITUL MAHABBAH akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa, more selepas solat Terawih dan bersahur kepada lebih 180 orang anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak terbiar di rumah amal di bawah naungan kami.

Bagi jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang untuk membuat infaq atau sedekah bolehlah bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada usaha ini dengan berbagai-bagai cara:

(a) Memperpanjangkan mesej ini kepada badan-badan koporat, yayasan kebajikan dan individu.

(b) Menaja majlis berbuka puasa dan sahur.

(c) Menghulurkan bantuan untuk keperluan Hari Raya samada dalam bentuk pakaian raya, barangan atau kewangan.

(d) Menaja keperluan Overhead Pusat Jagaan ini yang memerlukan RM30,000 sebulan atau RM 360,000 setahun untuk memenuhi keperluan dan kebajikan penghuni pusat jagaan termasuk staf sukarela yang terdiri dari golongan asnaf zakat juga individu yang dinaungi walaupun tidak menghuni pusat jagaan ini.

KEMUDAHAN MENYUMBANG

(a) Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL: 05100-41-00017744-6

(b) Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau system perbankan online terus ke akaun:
PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290

*PERHATIAN: Kami tidak menerima sumbangan ke akaun individu selain daripada akaun diatas.

(c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: baitulmahabbah@yahoo.com atau maklumkan terus sumbangan anda samada menghubungi terus atau mengirim system pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil kami yang dinyatakan dibawah.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat kami di talian 06-631 2445 yang beralamat di: No. 28, Jalan RK 4/7, Rasah Kemayan, 70300, Seremban 2, Negeri Sembilan, atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pengendali : Siti Hajar bt Ismail  018 -3103 127

(c)Penyelia Pusat Jagaan: Pn. Noraini bt. Yaakob. 018-3973727

Kami di PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita. Sekian dan selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak. Terima kasih. Wassalam.