Dato/Datin/Tuan/Puan
yang dikasihi Allah.
MEMOHON SUMBANGAN
SAHAM AKHIRAT/ZAKAT DAN PELUANG BAYAR FİDYAH SEMPENA RAMADHAN ALMUBARAK
2. Pusat Jagaan Baitul
Mahabbah (”PJBM”) yang menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, golongan
asnaf zakat telah beroperasi sejak tahun 2011 dan sekarang mempunyai
seramai 56 orang yang terdiri dari
kanak-kanak yang berumur 1-12 tahun yang tinggal di 3 buah asrama yang
berasingan tetapi bawah satu PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH (PPM-004-05-01112011).
PJBM turut menaungi seramai hampir 50 orang anak yatim dan asnaf zakat yang
tinggal di sekitar Seremban 2 Negeri Sembilan, tetapi tidak menetap di
asrama. (Membantu apabila diperlukan)
3. Sumbangan Dato’
/ Datin / Tuan / Puan akan dapat membantu memenuhi keperluan anak-anak penghuni
PJBM dan juga sebagai saham dunia dan akhirat dalam usaha mendidik anak-anak
ini. Moga ia menjadi saksi-saksi kita di akhirat nanti di mana tiada pembelaan
lain selain dari amalan kita.
"Barangsiapa
ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi
(menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)"
4. Sumbangan
dalam bentuk tunai atau cek boleh dimasukkan ke dalam akaun Pusat Jagaan
Baitul Mahabbah (No Akaun Bank Islam : 05012010067290) atau PERTUBUHAN
BAITUL MAHABBAH (No Akaun Maybank: 555171513450). Kami juga
berbesar hati menerima sumbangan lain termasuk barang keperluan harian seperti
barang kering (beras, tepung, garam, gula, susu, milo dan lain-lain), barang
basah (ikan, ayam, sayuran dan lain-lain), barang keperluan diri (sabun basuh,
sabun mandi, shampoo, ubat gigi, berus gigi, pampers dan lain-lain) dan juga
perkhidmatan (membaiki barangan elektrik, maintenance bangunan dan lain-lain).
5. Saya amat
berbesar hati di atas segala sokongan, prihatin, kerjasama dan kemurahan hati
pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima
kasih dan doa yang tidak putus untuk Allah memberkatinya, berkat kita membela
anak-anak kesayangan Rasulullah.
6. Bagi sebarang
maklumat lanjut, boleh hubungi saya di no HP 018-2307466 atau baitulmahabbah@yahoo.com atau www.facebook.com/Pusat-Jagaan-Baitul-Mahabbah-133441110046847/ atau http://baitul-mahabbah.blogspot.my/
Sekian, terima
kasih.
Yang Benar,
Pauziah binti Ngah
Pengurus PJBM
Hiburkan Hamba Allah, nescaya Allah akan
Hiburkan Kita
***Untuk pengetahuan pihak
Tuan, setiap sumbangan tunai melebihi,
RM 3,000.00 ke atas layak menerima resit pengecualian cukai pendapatan dibawah
naungan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan
Perubatan Malaysia didaftar
dibawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 (No Pendaftaran 4700/09).