JEMPUTAN KE MAJLIS SILATURRAHIM DAN PERASMIAN PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH

Adalah dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan/ Puan, kami daripada Pertubuhan Baitul Mahabbah mewakili pihak Pusat Jagaan Baitul Mahabbah akan mengadakan Majlis Silaturrahim dan Majlis Perasmian Pusat Jagaan Baitul Mahabbah.

3. Dengan sukacitanya kami ingin menjemput tuan/puan untuk turut memeriahkan majlis kami yg akan diadakan seperti berikut:

Tarikh    : 3hb April 2016 (Ahad)
Masa     : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Jagaan Baitul Mahabbah
                                            No. 28, Jalan RK 4/7, Rasah Kemayan, 70300,
    Seremban 2, Negeri Sembilan.


4. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian 06-631 2445 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pn. Siti Hajar binti Ismail : 018 - 310 3127


(b) En. Abul Aliah b. Mohd Khomsin : 0 13 - 465 1321


5. Sumbangan untuk menjayakan program ini berbentuk wang tunai, makanan bermasak dan barang-barang keperluan dari berbagai pihak adalah di alu-alukan. Segala keprihatinan dan kerjasama dari pihak Tuan/ Puan, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

Pendidikan dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”