MEMOHON SUMBANGAN UNTUK ANAK- ANAK PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH SEMPENA SESI  PERSEKOLAHAN 2014

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah satu pusat kebajikan yang  telah di daftarkan pada Julai 2008 di bawah PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH. (No ROS: (PPM-004-05-01112011)

Pusat jagaan ini menaungi  40 orang anak-anak ( 15 perempuan dan 25 lelaki) yang terdiri dari golongan asnaf zakat, anak fakir miskin, anak yatim, dan golongan yang memerlukan bantuan. 
Mereka berumur antara 7 tahun hingga 12 tahun. Ia dibangunkan atas rasa keprihatinan untuk membela, mendidik, memberi kasih sayang dan menjaga kebajikan mereka.

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk turut sama membantu dan membahu dalam memenuhi keperluan persekolahan mereka bagi sesi persekolahan 2014 yang akan bermula tidak lama lagi.

Sebarang sumbangan dan bantuan boleh dibuat melalui cek atau tunai atas nama berikut:

a) PERTUBUHAN KEBAJIKAN  BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL:  05100-41-00017744-6

b) PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290
Untuk pengesahan, sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: baitulmahabbah@yahoo.com, atau hubungi terus / mengirim system pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil perhubungan kami seperti berikut:
(a)        Pn. Noraini bt. Yaakob    :            018-3973727
(b)        Pn. Noorhayati bt. Hamid:            017-5636380
(c)        Pn.  Siti Hajar bt. Ismail   :            0111-1681472

Sebarang pertanyaan dan permasalahan, sila hubungi pejabat kami di talian 06-6017980 atau menghubungi wakil-wakil perhubungan kami seperti di atas. Sumbangan barangan boleh dihantar terus ke alamat seperti di atas.

Segala kerjasama, sokongan dan bantuan dari pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Moga-moga segala usaha yang dibuat dapat menghiburkan anak-anak tersebut, seterusnya mendapat keredhoan dan diberkati  Allah SWT.

Sekian. Terima kasih.

‘Sebaik-baik manusia adalah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain’ – hadis .