KEPADA : SESIAPA YANG BERKENAAN
PER : JUALAN AMAL NASI AYAM HAINAN
Tujuan diadakan Jualan Amal ini adalah bertujuan untuk
mengumpul dana Pusat Jagaan Baitul Mahabbah bagi menampung keperluan
persekolahan anak-anak.
Butiran Jualan Amal tersebut
adalah seperti berikut :-
Tarikh : 28 hb Dis 2012
(Jumaat)
Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, pihak kami akan mengadakan
penghantaran
secara PERCUMA bagi tempahan
sebanyak 100 unit ke atas. Bagi tempahan yang
kurang daripada jumlah tersebut, bolehlah datang mengambil di
lokasi yang tertera
seperti di atas.
Semoga mendapat perhatian daripada pihak
Tuan/Puan. Segala kerjasama kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“CINTAI TUHAN SAYANGI MANUSIA”
Yang menjalankan tugas,
(PUAN FUZIYAH BINTI KAMARUDDIN))
Pengurus Pusat Jagaan Baitul Mahabbah

